Tuesday 17 July 2012

Benda Yang Tak Patut Buat!!

Assalamualaikum..

Malam ni aku tiba-tiba teringat balik kenangan hidup aku sebelum ni yang aku rasa tak patut aku buat. Kenangan ni kadang-kadang wat aku rasa malu, lawak pon ada jugak. Tapi dengan kenangan ni la yang buat  aku jadi matang SIKIT kot..aku nak kongsi sikit la apa yang aku pernah buat tu..

 MARAH AININA SEBAB KANTOIKAN AKU DAN KAWAN2 PONTENG KELAS ARAB

Yang ni kalau Aisyah, Ainina or Irfan (budak2 Jenan) baca confirm gelak. Memori aku pasal insiden ni tak kuat sangat r. Satu hari tu, aku ada kelas bahasa Arab dengan Ustazah Solehah (Ustazah sempoi tapi garang!). Nak dijadikan cerita, aku ngan Irfan ni decide tak nak pergi kelas tu. Rasanya kami lepak dekat watercooler depan astries( konon minum air tp sebenarnya cuci mata). Plan kami ni kantoi dengan Ainina kot. Unfortunately, Ainina terlepas cakap kat ustazah. KANTOI!!! Tapi Ustazah tak cari kami pon. Tapi aku ngan Irfan tetap 'panas' disebabkan kantoi nya plan kami dan wat teruk nak balas dendam kat Ainina!! 

Kami tak balas cara dayus macam pukul or sorok barang naa. Aku ngan Irfan plan nak psiko Ainina ni. So,time prep datang la aku ngan Irfan jumpa Ainina. Aku duduk sebelah kiri, Irfan sebelah kanan Ainina. Kami sound Ainina kaw2 punya!!! Kami salah kan dia sebab kantoikan kami pada hal kami taw tak teruk mana pon kes tuh. Maka menangis lah Ainina. Aisyah
(bestfriendAinina,ni bukti depa bestfrienddatang r jumpa aku ckp aku tak patut wat camtu. Dalam hati aku tahu dah aku wat tu salah tapi ego punya psl, aku wat xtaw ja.
Kiri muka aku, kanan muka irfan time psiko ainina..Sory Ainina!! 

Kat sini, aku memang mintak ampun sangat2 kat Ainina ngan Aisyah. Ego punya psl, benda kecik buat bagi besar. Walaupun dh 5 tahun kot benda ni jadi tapi aku xtaw la dua org ni especially Ainina ampunkan aku ngan Irfan ke tak. (Harap2 ampun la na... =)

Pengajaran:

1. Sesuatu benda tu kalau kita boleh settle dengan cara elok semua pihak akan senang. Tapi kalau ada yang nk tunjuk ego, maybe boleh luka kan hati orang lain.

2. Dalam hidup kita selalu buat salah tapi kita tak suka bertanggungjawab atas kesalahan tuh. Simple alternatif, salahkan orang lain. Be a gentleman!! or women..depends.. =)

3. Always think before did!! Kalau benda dh jadi jangan nk mengeluh pulak.

Inilah satu peristiwa yang patot jadi pengajaran untuk aku especially supaya jangan buat dh dan juga untuk rakan2. Insan yang bernama kawan ni, even tak la rapat sangat kan, kalau kita dalam keadaan desperate kita akan cari kawan ni. Seorang kawan kita aniaya, kita dah hilang satu saluran bantuan dari Allah..kan??
So, do appreciate others. nyte fellas!! 

Assalamualaikum 

Saturday 12 May 2012

REDWOK TIME.!!!

Assalamualaikum..hari ni aku secara rasminya dah habis final exam untuk semester 2 ni. Macam exam - exam sebelum ni, setiap kali habis exam mesti ada 'sambutan' tak kira la kecil atau besar yang aku buat dengan kawan. Tapi untuk exam kali ni agak besar la bagi aku. Atas idea bernas sahabat aku, Nasrul Pehimi, aku dengan kawan-kawan dalam 7 orang pergi ke REDWOK!!

Untuk siapa-siapa yang tak taw, Redwok ni kedai makanan steambot dekat seksyen 7 Bandar Baru Bangi (depan rumah aku). Konsep dia buffet. So, datang bayar RM28 satu kepala dan anda dibenarkan melampias nafsu makan anda sampai kedai tutup! Makanan kat kedai ni kebanyakannya seafood. Ada ketam, kepah, fish ball. Ada juga makanan lain macam ayam, daging, ais krim, buah2, kuih. Senang cerita macam-macam ada!.

So, aku bersama kawan-kawan iaitu Nasrul, Tengku Ammar, Ammar, Ezmeer, Faris dan Afiq sampai di Redwok dalam pukul 8 malam. (Nasib baik aku datang awal sikit untuk booking tempat. Tinggal satu ja tempat, yang lain dah ada reservation).  Malas nk cerita banyak sebab orang lain tak faham feel dia, so mai tgk gambar sket..

Ni fasa 1, ezmeer tak sampai lagi tapi pinggan-pingan 1st round dh  clear dh. Haha

Tengku Ammar dan Affiq tengah kuat lagi time nih.

Nasrul (kanan) ni badan kecik, makan kuat!! Tapi sembang nk jaga six pack. haha

Middle phase : Affiq senyum dh tak berapa nak iklas sebab perut penuh.

Faris sentiasa kuat menghadapi segala makanan dari awal sampai habis.

ordinary gay pose dari Faris..haha

Affiq stay macho dan Ammar still xkenyang2..haha

Tengok betul2 berapa banyak kerang dalam pinggan faris!!

Ni 1st round, tgk r mcm mana hasilnya..

Ketibaan YB Ezmeer.!!

Gay!

Kek yg aku mkn tuh sedap, yg dalam pinggan tu lagi sedap


Gambar ni ammar amek, xsure dia nk ambik gmbar ezmeer or gadis di belakang..hehe

come on mer!! Put your hands UP!!!!

Ezmeer dulu belaja tomoi, so influence tuh terbawak sampai time  makan

Tgk kek dalam pinggan tu betul2..sangat2 sedap!!

nasib baik tgn aku cover, faris tgh makan besar time nih...haha

Muka bernafsu lagi nih..

Mamat ni sumpah macho..kenyang tahap gaban pon still bole pose ala2 Kpop..haha

Ezmeer dh hilang kawalan kemanusiaan..ketam dh masok lam otak.

Ammar tewas di ranjang Redwok!! haha

Tgh berzikir.. Alhamdulillah!

Ni final product. Ni lpas 3 kali suro brader tuh clear pinggan. Kuat mkn sungguh!!!

Aku tewas di Redwok!! perut sumpah keras time ni.
Sesetengah orang anggap, makan macam ni tak berapa elok r. Firstly, orang akan cuba mkn sebanyak mungkin untuk pastikan bayaran tu setimpal dengan apa yang di makan. So, ramai yg terlampau kenyang. So akan buat ngantuk dan malas. Secondly, dalam usaha nk habiskan makanan tuh, ramai yang membazir. Ambik banyak tapi makan sikit ja. For your information, each 100g of food you wasted, you will be charged another RM10 ok!! Tapi alhamdulillah..kami x bazir langsung..nasib baik pinggan kami tak makan.

Tapi aku anggap ni sebagai satu keraian la sebab kami budak-budak Uniten dah habis exam so apa salahnya sambut. Bukan selalu pon. Apa-apa pon terima kasih kat kawan-kawan yang sudi join makan kat Redwok. Lepas ni Pulau Perhentian pulok deh!!! Sekian. Assalamualaikum.

Sunday 15 April 2012

The Return Of IKRAM!!

Tajuk dh mcm title filem dh..haha..Assalamualaikum..rasa2nya dh dkat stahun aku x bukak dan post lam blog aku..sampai chatbox pon dh expired (kalau prasaan la kan). Kesibukan hidup dan belajar sekarang ni buat aku x da masa nak mnulis blog. Idea pon dh xda. Xtaw nk tulis apa. Yang ada dalam otak just ASSIGNMENT!! TEST!! EXAM!! (macam la orang lain x ada assignment, test and exam kn). Tapi aku mmg mcm ni, suka buat terok. Tambah2 pulak rumah xda intrnet. Xkan nk bazir masa dok lepak Wifi McDonald just nk update blog plak kn. haha

Kadang-kadang ada terdetik nak tulis blog tapi terfikir apa yang aku tulis tu sia2 dan xda manfaat. Yela, ilmu cetek lagi kan..ada setengah member boleh tulis blog yg mmg pact with knowledge!! Untung la!! haha..xpa r..aku akan cuba tingkatkan ilmu supaya dapat berkongsi ilmu dan memanfaatkan blog. Jumpa lagi..Bye!! Assalamualaikum. 

p/s: Doakan area rumah aku dpt coverage Unifi!! Rumah xda internet boring weh..haha..